THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Ahad, 15 November 2009

Lawatan Tapak Kandang Teluk Penyamun














Selasa, 4 Ogos 2009

Susu kambing: Sirah Kenabian


NABI ADAM
Bermulanya tamadun manusia, Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan haiwan ternakan pertama di dunia.

NABI IBRAHIM
Merupakan penternak kambing yang agong. Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing-kambingnya. Daripada sinilah berlakunya peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah dunia.

NABI ISA
Juga menternak kambing. Merupakan salah seorang nabi kepada Bani Israel, iaitu bangsa Yahudi. Mereka merupakan suatu bangsa yang terkenal dengan lahirnya bijak pandai dunia. Mereka mengamalkan meminum susu kambing sehingga ke hari ini.

NABI MUHAMMAD SAW
Diantara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah SAW adalah susu kambing segar, yakni diperah terus dari kambing. (kisah Abdullah bin Mas'ud pada masa remaja, mengembala kambing milik uqbah Mu'aith.)Malahan, ketika peristiwa Israk & Mikraj Nabi Muhammad SAW, baginda telah disediakan 3 jenis minuman oleh Jibrail iaitu arak, madu dan susu kambing. Kemudian, baginda telah memilih susu kambing. (Dipercayai merupakan minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu).Dipetik dari tulisan Dr. Indah - alhikmah.com

Sejarah Awal Kambing Boer


Kambing Boer berasal dari Afrika Selatan, tetapi kini mengalami proses kembang biak dengan pesat dan terancang di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Kambing Boer tulen mampu meningkat berat badan sehingga 200 gm sehari dan mampu mencapai berat matang sehingga 130 kilogram. Peratus karkas yang tinggi sehingga mencapai 50 % dari berat hidup menjadikannya sebagai baka kambing pedaging yang terbaik buat masa ini. Selain faktor di atas, kemampuannya menyesuaikan diri dengan cuaca setempat dalam tempoh yang singkat serta kebolehannya dikacukan dengan pelbagai baka kambing betina yang lain telah menjadikan ianya sebagai pilihan untuk dibiak di PPPKKB.


Ciri ciri kambing boer:
Subur dan mudah membiak sepanjang tahun
Mempunyai lebih banyak daging kerana tulangnya lebih nipis berbanding kambing lain
Daging lebih bermutu, tinggi khasiat, rendah kalori, kolesterol dan kaya dengan protein
Kambing boer paling bagus dari segi daging berbanding baka jamnapari anglo nubian, alphine dan beratus ratus baka yang lain
Tahan lasak kepada pelbagai jenis penyakit dan boleh menyesuaikan diri dari sebarang bentuk persekitaran dan cuaca
Daging kambing boer bukan sahaja lebih enak dan bermutu, malah dicadangkan oleh American Heart of Association untuk mereka yang menghadapi masalah berkaitan jantung. Pada masa ini, pengeluaran kambing di negara ini adalah pada kadar 8% dan masih mempunyai ruang dan potensi yang besar untuk berkembang.



Isnin, 3 Ogos 2009

Jenis-Jenis Boer